Memuatkan ...

Lamenye rase..

Bismillah..
Assalamualaikum....


Ehem3.... Hari kembalinye Ezad ke dunia no 2 nie.. dunie Blogging.. Lame tak 0n9 sebab gie bertapa kat dunie no 1..


Takde ape nak cite sebab jari2 nie macam dah kaku n idea dah beku.....


Nway dalam tapaan Ezad selame nie.. dapatlah nie lagu yang best gak nak kongsi ngan korang.....





P/s : Ermm bukan betape dengan wali k... ni nak share je..
Posted on 14:13 by Ezad and filed under , | 1 Comments »

Beauty for the Beast

“Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)
Ape korang tau pasal cantik?.  Kalau Ezad nak huraikan petikan kat atas tue, memang banyak... Ok ezad huraikan apa yang ezad nak cerite sekarang nie.


  • Cantik yang dituntut adalah kekemasan diri dari segi pakaian terutama dalam melakukan ibadah atau ke majlis2 agama, tetapi bukan untuk melaram nak menunjuk-nunjuk sebab ini akan menimbulkan riak secara tak langsung mendatangkan dosa.
  • Cantik juga seseorang itu jika dipenuhi dengan ilmu duniawi & ukhrawi di dalam dirinya yang menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada TUHAN.
Tapi sekarang nie ezad nak cerite pasal cantiknye seorang perempuan bagi pandangan seorang lelaki hensem macam ezad dari pandangan kasar. Pada dasarnya memang ezad rase lelaki akan tertarik pada seorang perempuan ni dari paras rupa, senang nak cakap pandangan pertama ( alah takkan korang tak biase bile tengok orangkan tengok muke dulu baru tengok atas bawah ).

Biasanye paras rupe ni jugaklah yang mengheret lelaki nak sangat kenal dengan perempuan tue, yang bernasib baik, ayat power, pandai melayan, pandai ambil hati.. melekat lah dua insan nie..
JADI!!! Wahai Awek2 kat luar sane berhiaslah kamu secantik mungkin atas niat yang betul dan cara yang betul mengikut protokol!!!. Ini menunjukkan lelaki memang suke yang cantik.

Tapi ingat wahai awek2 sekalian, cantik kat paras rupa tak cukup, sebab lelaki ni bile dah kenal die nak tengok juga perangai si awek ni, CANTIK TAK CANTIK!!!. Ada lelaki juga tak kisah paras rupa kerana ada yang lebih pentingkan sifat dalaman. Cantik mengalahkan Miss Universe tapi perangai hampeh pun lelaki tak suke, ( Silap2 kene Creettt! je pastu kene tinggal ). Jadi macam nilah wahai awek2 cantik janganlah korang megah sangat dengan kecantikan yang dianugerahkan. CUKUPLAH!!! sekadar menghargai pemberian Tuhan ni selagi korang belum berkedut di dahi walau korang tak berkerut.


INGATLAH!! cantik itu hanya sementara, maka peliharalah ia.


Janganlah pulak ada yang pergi opret!!! muke semate-mate nak cantik. Tampal sane, gam sini, last2 muke berot!!!. Bersyukurlah ape yang korang dapat.


Hurmm.. bagi perempuan2 yang dah berkahwin pun penting supaya nampak cantik, yelah bile cantik selalu suami ni taklah heran bile tengok awek cantik kat luar sana.  "Jadilah cantik seperti mana dituntut Tuhan mu, dan cantiklah kamu dihadapan suami mu". Ezad rase kecantikan jugak salah satu cara yang dapat menjamin kebahagian berkeluarga.

P/s : Sorry la.. kalau ayat2 kat atas ni tak cantik.
Posted on 18:00 by Ezad and filed under , , , , | 1 Comments »

Ooouuhh pent house of Intan

Pertama sekali nak bagitau yang tue hari dapat pergi muar ade open house kat rumah INTAN rase nak pergi lagi.. :p dan terime kasih kat INTAN untuk nasi beriani tue hari.. memang best.. walaupun bukan intan masak cume potong bawang je.. hurm.. sebenarnye ezad makan  tue hari tak puas, sebab tak de orang nak offer second trip.. hehe...

Yang kedua sempurnalah.. pada hari pergi open house tue.. hajat ezad nak jumpe IDA tertunai sudah, maka tertunailah  hajat IDA juge nak jumpe Ezad...

Yang ketiga dan yang keempat... ntah ler....

P/s : Tangan nie dah kene sunburn yang amat sangatlah teruk mase gie muar, mungkin sebab naik motor dari JB ke Muar... panas sangat2. Nasib baik, nasi beriani tue sedap sangat3... :)
Posted on 05:42 by Ezad and filed under , , | 5 Comments »

Dara? Hymen?

Dalam kegembiraan syawal nie, Ezad nak ucapkan sekali lagi, selamat beraya dan kumpul lah duit raye banyak2...

Nie ade sumthin' nak cerita, macam yang korang perasaan tajuk entry nie, Dara? Hymen?.. Haa.. kedua2 benda tu memiliki maksud yang same cuma dara dari bahasa melayu manakala hymen adalah bahasa saintifik bagi dara. Apa dia dara? Ia adalah sejenis lipatan selaput lendir yang menutup pintu bibir vagina perempuan. Selaput ini juga telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan.


Korang tau tak, ape  pendapat lelaki tentang dara. Kebiasaannya lelaki akan lebih suka untuk memiliki perempuan yang masih memiliki dara untuk dijadikan pasangan hidup ( Suami Isteri Lah.. ). Kenapa? Sebab perempuan yang memiliki dara ini bermakna dia adalah dari golongan yang masih suci dan tidak pernah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin. Hurm.. Tetapi bagi Ezad lelaki yang berfikiran sedemikian adalah lelaki yang kuno dan bodoh kurang ilmu.. hehe.. Kenapa?
  • Ada sesetengah bayi perempuan dilahirkan tanpa selaput dara.
  • Ada juga perempuan yang memiliki selaput dara yang tipis, ini bermakna ia mudah koyak biasanya terjadi pada perempuan yang aktif seperti atlit, atau yang sering melakukan aktiviti2 lasak. Berenang, berbasikal, mountain climbing... sumer2 nie Lah dan yang sewaktu dengannya.
Kalu korang nak tau jugak ada perempuan yang selaput dara nya tak mudah terkoyak walau sudah berkali-kali melakukan hubungan seks, ini disebabkan selaput dara yang sangat elastik mudah lentur. Ada juga sekarang yang pergi buat rawatan kat pakar untuk recreate selaput dara untuk menutup aib ( So.. laki2 kat luar sane jangan nak bangga dapat yang dara ).


Ape yang ezad nak sampaikan kat sini adalah untuk sumer laki2 janganlah terus rejek bini korang pada malam pertama bila korang buat hubungan kelamin dan terperanjat bila bini korang takda dara. Buat spotcheck betul2 mungkin ada kene mengena dengan sebab2 yang kat atas tue..


Korang fikirlah sendiri...


P/s : Ada perempuan jugak yang berbangga bile dah takde dara.. betul ker?

P/s : Entry ini, tiada kene mengena dengan sesiapa. Hanya info semata-mata.
Posted on 12:46 by Ezad and filed under , , , | 8 Comments »
Blog Widget by LinkWithin